Khamis, 21 Julai 2011

Amalan Diet RASULULLAH Pilihan Terbaik

            huhhh....gemuknye aku ni...dulu masa zaman zaman sekolah tidak la gemuk sangat..itulah kata kata yang selalu kita dengar dari wanita-wanita yang mempunyai bentuk badan yang kurang menawan..dari situ barulah rasa diri nak kurus la, nak diet la, nak puasa la...hehehe...tapi bila nafsu menguasai segala galanya...tak ada rasa nak kurus la...marila kita sama-sama amalkan diet Rasulullah ni..mana tau kurangla sikit berat badan tu...hehehe....

 MULAKAN DENGAN BISMILLAH

Setiap perbuatan ada permulaan dan pengakhiran..
Mulai dengan Bismillah
Akhiri dengan Alhamdulillah....

GUNAKAN TANGAN KANAN

Sebaik-baik permulaan , dimulakan dari sebelah kanan
Gunakanlah tangan sebelah kanan kerana ia lebih mulia
Sebelah kiri adakalanya menunjukkan keangkuhan dan bongkak

AMBIL MAKANAN YANG BERHAMPIRAN

Apabila berada di dalam sesuatu kumpulan dan dihidang pelbagai juadah,
Ambilllah makanan yang berdekatan dengan kita..
Adab perlu dijaga kerana jika mengambil makanan yang dekat 
Ia membantu mengurangkan kadar makanan dengan banyak 
Mungkin makanan yang dekat denag kita sudah memadai

GALAKAN GUNA TIGA JARI

Sifat gelojoh dan tidak sabar dapat dilihat jika makan dengan lima jari
Jika sedang berdiet ,gunakanlah tiga jari
ini disebabkan jumlah makanan yang kita ambil adalah sedikit
Kunyah perlahan lahan agar makanan dapat dihadam dengan baik


MAKANAN PILIHAN RASULULLAH

Rasulullah mengamalkan pemakanan seperti kurma,kismis dan madu
makanan tersebut mengandungi pelbagai zat
dan berkhasiat yang mampu menjadikan
tubuh sihat dan cergas

TIDAK BERSANDAR KETIKA MAKAN

Makanlah dengan tertib dan duduk dengan betul
Ini supaya makanan yang dihadam akan tersalur dengan betul
serta bertindak balas dengan baik
Selain dilarang makan berdiri atau baring
Dilarang dalam Islam

JILAT JARI SETELAH SELESAI

Dari Ibn Abbas r.a berkata, Rasulullah SAW bersabda
"Apabila seorang daripada kamu telah selesai makan
maka jangan disapu jari jari sehingga dijilat (terlebih dahulu)
atau dijilatkan (oleh orang lain) "
(HR Bukhari dan Muslim)

INFO

*Jangan makan buah selepas makan nasi
sebaliknya makan buah terlebih dahulu
baru makan nasi

*Jika kita makan berat terlebih dahulu
Kemudian baru makan buah buahan
perkara ini bertentangan dengan sunnah Rasulullah

Antara kebaikan makan buah kemudian makan berat ialah:

* ia akan menjadikan kita cepat kenyang
malah membantu menyerap nutrien segar
dan tenaga untuk melancarkan proses penghadaman

*Jika anda makan makanan berat dahulu
proses penghadaman menghasilkan
pH terlebih asid
akan menyebabkan nutrien buah buahan akan hilang



haaa...apalagi cuba-cuba lah diet ni...mane tau berkesan...lagi-lagi nak raya ni...hehehe..puasa tentula turun sikit berat badan..janji buka tu makanla berpada pada...

selamat mencuba...

sumber oleh : majalah dara.com edisi April 2011
 

3 ulasan:

alin alias berkata...

em, suka baca benda2 macam ni.. kte br gak post tips mcm ni..=)

Ila berkata...

bab diet ni,teringat bilalah nak diet ni

sayangku azida berkata...

alin alias-oyeke...samala saya memang suka baca tips nak kuruskan badan,,tapi tak kurus2 gak...haha..
ila-nak puasa ni, dapat turun 5kg kira okla tu..hehe...